suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah! Eyka Farhana hamil anak pertama

Eyka (kiri) hamil anak pertama.

HAMPIR dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Eyka Farhana memaklumkan dia dan suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

“Daripada dua hati menjadi tiga.

“Masya-Allah Tabarakallah, anugerah terbesar kami sedang dalam perjalanan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tahu manisnya berkahwin, dah lama saya nikah” - Eyka Farhana

ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana dan Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri

Eyka berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam hantaran tersebut, Eyka turut memuat naik sebuah video memaparkan dia dan Akhyar melakukan sesi fotografi di tepi pantai bagi berkongsi berita gembira itu bersama peminat.

Menerusi video berkenaan, Eyka yang mengenakan busana rona putih dilihat jelas mempamerkan baby bump, selain turut menunjukkan foto imbasan (scan) bayi mereka, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Untuk rekod, Eyka berkahwin dengan Akhyar pada 2 Mei 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain