PELAKON dan penyampai radio Roy Azman terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat jangkitan pada bahagian paha. Menurut Roy atau Zairosminan Abdul Rahman keadaan tersebut memerlukan dia menjalani pembedahan. Namun prosedur tersebut ditangguhkan susulan kadar gula dalam badan yang tinggi. “Sepatutnya pembedahan hari ini (Sabtu), tapi terpaksa tangguh sebab kadar gula tinggi. Roy berkongsi keadaan terkini di hospital. “Kena tangguh sampai paras gula turun,” katanya.Roy berkongsi perkembangan kesihatannya itu dalam satu video yang dimuat naik di Instagram rasmi sebuah stesen radio. Tambah pelakon ini dia dibenarkan keluar wad sehari selepas pembedahan jika dilakukan pada Sabtu. Roy dalam masa sama mengucapkan penghargaan kepada peminat dan pendengar yang mendoakan kesejahteraannya. ARTIKEL BERKAITAN: Roy Azman pernah ‘sound’ pelakon mulut berbau, boleh ganggu mood lakonan ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Roy Azman terbakar, hon pengguna jalan raya selamatkan nyawa - “Tak nampak api menyala bahagian bawah”“Kalau keluar hospital esok boleh jumpa pendengar hari Isnin. Jika tidak kita jumpa lain kali sahaja. “Terima kasih kepada semua yang doakan saya,” ujarnya. Roy kini memulakan tugas sebagai penyampai segmen GenSinar Pagi bersama Sharifah Shahirah dan Hefny Sahad di Sinar FM.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube