suria

Roy Azman pernah ‘sound’ pelakon mulut berbau, boleh ganggu mood lakonan

Roy Azman pernah berdepan situasi kurang menyenangkan apabila rakan artis tidak menjaga kebersihan.

PELAKON Roy Azman mendedahkan dia pernah berdepan situasi kurang menyenangkan apabila rakan artis tidak menjaga kebersihan diri ketika berada di set penggambaran.

Roy atau nama sebenarnya Zairosminan Abdul Rahman, 55, berkata perkara itu tidak sepatutnya dipandang ringan kerana boleh menjejaskan keselesaan pelakon lain ketika bergandingan dalam sesuatu babak.

“Saya pernah berdepan isu pelakon badan berbau dan sebagainya, tapi nak buat macam mana, kena jaga adab.

“Ada juga saya pernah tegur seorang pelakon supaya menjaga bau mulut. Kadang-kadang kita berlakon dari pagi sampai pagi esok, memanglah mulut berbau.

“Tapi untuk saya, memang sudah siap sedia kelengkapan kebersihan diri dalam kereta,” katanya kepada mStar.

Roy menegaskan fmenjaga penampilan dan kebersihan diri adalah tanggungjawab individu demi keselesaan semua pihak.

Menurut Roy, perkara sebegitu dianggap normal di lokasi penggambaran, apatah lagi kebanyakan pelakon lelaki sering terbabit dalam babak agresif atau fizikal.

Katanya, menjaga penampilan dan kebersihan diri adalah tanggungjawab individu demi keselesaan semua pihak.

“Perkara begitu biasa sahaja di set penggambaran. Cuma bagi pelakon lelaki, banyak babak agresif, jadi perlulah fikirkan keselesaan orang sekeliling.

“Jaga penampilan ini kembali kepada individu itu sendiri. Tapi bagi saya, seeloknya kita buat orang di sekeliling rasa selesa.

“Macam saya sendiri, memang pentingkan perkara itu. Bila diri selesa, kerja pun lebih seronok,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan pelakon gandingan berbau, Harissa Adlynn terpaksa tahan nafas di set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa ketiak basah terus pakai deodoran, Daniel Fong tak terkesan isu bau badan

Dalam pada itu, Roy menegaskan faktor kebersihan juga memainkan peranan penting membantu seseorang pelakon menjiwai watak dengan lebih baik tanpa sebarang gangguan.

“Bila berlakon perlukan jiwa dan perasaan. Kalau perkara macam itu berlaku, sedikit sebanyak akan mengganggu lakonan.

“Saya tidak menegur sesiapa secara khusus, itu hak masing-masing. Untuk diri saya, lebih selesa bila dapat menyelesakan orang lain, itu sahaja,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain