DALAM kesedihan kehilangan insan tercinta, penyanyi Anuar Zain meluahkan rasa syukur apabila urusan terakhir Allahyarham bapanya , Zain Abdullah dipermudahkan.
Kata Anuar, jenazah bapanya selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam, Selangor sekitar jam 7 malam pada Selasa.
Katanya lagi, segala urusan berkaitan perjalanan terakhir bapanya selesai dalam tempoh lima jam.

Allahyarham derita kanser prostat sejak Disember tahun lalu.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan urusan abah. Semua selesai kurang lima jam.
“Kata orang kalau urusan dipermudahkan, dia seorang yang dikasihi,” katanya.
Anuar ditemui selepas selesai urusan pengkebumian arwah sebentar tadi.
Reda dengan pemergian bapa tersayang, Anuar berkata, Allahyarham menghidap kanser prostat sejak Disember tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan Jantung Ayah Punca Anuar Zain Bantu IJN
“Sebenarnya arwah menghidap kanser prostat dan sudah merebak. Sebelum ini sudah menerima rawatan.
“Cuma pagi tadi dia alami cirit-birit. Tapi apa yang boleh saya katakan ajalnya sudah tiba.
Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah,” ujarnya.
Bercerita tentang momen terakhir bersama arwah, Anuar memberitahu dia berada di sisi sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir.
Sebenarnya arwah menghidap kanser prostat dan sudah merebak.
ANUAR ZAIN
PENYANYI
Malah sepanjang bapanya diuji dengan kesakitan, kesemua adik-beradik sentiasa memberi perhatian penuh.
“Dia selalu cakap minta maaf sebab menyusahkan, tetapi sebenarnya tidak langsung.
“Kami lima beradik sempat menjaga sepanjang arwah sakit,” ceritanya.

Anak-anak sentiasa berikan perhatian penuh sepanjang arwah sakit.
Terdahulu Allahyarham disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Permai, Selangor sekitar pukul 2.50 petang.
Arwah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
Allahyarham Zain yang juga pesara polis pernah terbabit dalam kugiran muzik pasukan beruniform.
Beliau dikenali sebagai figura penting apabila bertindak sebagai pengurus ketika awal karier seni Anuar dan kakaknya Ziana Zain mula menapak dalam bidang seni suara.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


