suria

Alami jangkitan kuman, Ebby Yus stabil di hospital

Ebby ditahan di HKL selepas mengalami sakit perut.

PELAKON dan pelawak, Ebby Yus terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami sakit perut, Jumaat lalu. 

Menurut pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Kecik, pelawak itu masih menerima rawatan di wad untuk rawatan susulan selepas dijangkiti kuman.

"Sebelum Jumaat dia sakit perut teruk, sebab itu dibawa ke unit kecemasan. 

"Selepas pemeriksaan, doktor beritahu dia kena jangkitan kuman dan ditahan wad," katanya kepada mStar.

Menurut Kecik, keadaan Ebby kini semakin stabil dan hanya menunggu kebenaran doktor untuk dibenarkan pulang ke rumah.

Sementara itu, penyampai radio Ajak yang juga rakan perniagaannya berkongsi momen ketika menziarahi Ebby di hospital.

Kata Ajak, meskipun dalam keadaan sakit, sahabatnya itu tetap memikirkan urusan kerja.

"Tolong doakan untuk Ebby Yus. Masalahnya, atas katil pun dia cerita fasal kerja. Kadang-kadang degil juga dia ni," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain