PERKONGSIAN penyanyi Alfie Zumi mengenai seluar dalam yang dipenuhi darah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang mempersoalkan tindakan Alfie, 31, apabila menjadikan aplikasi ChatGPT sebagai rujukan untuk memahami isu tersebut.
Menjelaskan hal sebenar, Alfie berkata dia terlebih dahulu mendapatkan pandangan orang sekeliling sebelum memuat naik hantaran itu di media sosial.

Alfie percaya kejadian itu ada kaitan dengan ilmu hitam.
"Kalau boxer tu aku baru pakai lepas itu jumpa darah yang banyak masih fresh, confirm aku pergi hospital and periksa. Ini boxer elok baru basuh tak pakai lagi.
"Bukannya aku jumpa boxer dengan darah fresh terus post. Aku dah tanya orang sekeliling.
"Dua tiga hari aku monitor ada yang tak kena dengan kesihatan aku. Buang air kecil atau besar okay ke tak. So far okay je," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam kena darah macam datang haid, Alfie Zumi tanya ChatGPT minta jawapan
Alfie berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Selasa selepas isu berkenaan menjadi tular.
Penyanyi itu turut menegaskan kejadian yang berlaku ada kaitan dengan amalan sihir.
"20 tahun akan datang pun akan ada orang amal ilmu hitam ni. Silap-silap lebih dahsyat.
"Ilmu hitam sama teruk macam kau hati hitam," tegasnya.

Alfie berkongsi perkara itu menerusi Instagram pada Selasa.
Dalam masa sama, Alfie menasihatkan orang ramai supaya tidak mencampuri urusan tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Nak percaya atau tidak terserah, tapi diam.
“Aku post story saja nak share benda pelik kena kat aku," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


