arwah meninggal dunia pada usia 87 tahun.
1 /
2
2 /
2
BAPA kepada penyanyi Anuar dan Ziana Zain iaitu Zain Abdullah meninggal dunia pada petang Selasa.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
Perkara itu disahkan anak perempuannya, Arleen yang memberitahu arwah meninggal dunia di kediamannya di Subang Permai, Selangor sekitar pukul 2.50 petang.
“Ya betul… arwah meninggal dunia pada pukul 2.50 petang di rumah di Subang Permai.

Arwah meninggal dunia di kediamannya di Subang Permai.
“Tak boleh nak umumkan lagi punca kematian kerana saya perlu berbincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Arleen berkata dia berada di sisi arwah ketika bapanya itu menghembuskan nafas terakhir.
“Saya sendiri berada bersama arwah di rumah sebelum dia pergi buat selamanya. Dia pergi dalam keadaan tenang,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ambil dan jaga ayah apabila sudah tua” - Ziana Zain tak mahu anak-anak putus hubungan dengan bapa kandung
ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan Jantung Ayah Punca Anuar Zain Bantu IJN
Tambah Arleen, jenazah Allahyarham akan dikebumikan sebelum Maghrib di Tanah Perkuburan Elmina, Shah Alam, Selangor.
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan mendoakan urusan pengebumian Allahyarham dipermudahkan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!