PELAKON Datin Seri Paduka Eina Azman meluahkan rasa kecewa apabila segelintir netizen tergamak meninggalkan komen negatif terhadap rupa paras suaminya, Datuk Seri Paduka Kaiser Gurmeet.
Kesal wajah suaminya dibandingkan dengan seorang pelawak dan dikatakan mirip lelaki Bangladesh, Eina menegaskan dia tidak perlukan validasi orang lain untuk menilai pasangannya, sebaliknya menitikberatkan kasih sayang serta kesetiaan berbanding pandangan luaran.
“Yang kata suami saya tidak tampan, nampak seperti Bangla, tapi adakah kamu itu cukup kacak atau cantik untuk menghina?
“Saya geram apabila baca komen begitu. Bila saya tunjuk pada suami, dia hanya ketawa.
“Tetapi sebagai isteri, saya tetap terasa hati. Dia tidak pernah kacau hidup orang, jadi mengapa ada yang sibuk menghina?,” katanya dalam TikTok.

Eina tidak menilai seseorang melalui rupa paras, sebaliknya pada sikap tanggungjawab seseorang.
Menurut Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 30, kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada rupa paras semata-mata, sebaliknya pada sikap tanggungjawab seorang lelaki terhadap keluarga.
“Kalau kacak tetapi malas bekerja, apa gunanya? Kalau kacak harap muka sahaja tetapi isteri terpaksa berhempas-pulas siang dan malam, buat apa?
“Kalau kacak tapi kaki perempuan, pun buat apa. Lebih baik rupa sederhana tetapi mampu beri rezeki dan jaga maruah keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman kongsi video menangis, patah hati dengan seseorang... Mudah-mudahan tiada kaitan rumah tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman dan suami buat umrah kali kedua, tunai nazar selepas sembuh Covid-19
“Muka tidak seberapa pun kadangkala tidak sedar diri, apatah lagu yang betul-betul kacak. Bagi saya, kalau suami nampak elok di mata kita, itu sudah memadai,” katanya.
Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan Kaiser pada 31 Ogos 2014.
Pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata kembar, Aubrey dan Karl, yang kini berusia sembilan tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


