SIAPA sangka hubungan adik angkat yang terjalin sejak bangku sekolah menengah akhirnya membawa penyanyi Hana Adnan menemui jodoh.Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 48, berkata, suaminya yang juga bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Rudie Ramli merupakan adik angkat ketika sama-sama menuntut di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor. "Kalau nak tahu cerita Rudie adalah adik angkat saya. Kami belajar di sekolah yang sama. "Masa itu saya tingkatan lima dah senior, dia (Rudie) baru masuk asrama tingkatan satu. Pelakon Azah Aziz (kiri) mendedahkan tentang perkahwinan Hana dengan Rudie."Dalam majlis orientasi, dia satu kumpulan dengan saya. Sejak itu kami rapat dan dia jadi adik angkat saya," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Hana memberitahu pertemuan terakhir mereka berlaku sekitar tahun 1998 apabila dia menghantar Rudie ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kerana akan berangkat ke Jerman. Namun begitu, mereka kembali bertemu semula pada tahun 2024 selepas menghadiri majlis reunion sekolah."Selepas tamat sekolah kami masih berhubung tetapi kali terakhir berjumpa sekitar 1998. Saya masih ingat pernah hantar Rudie ke KLIA kerana dia akan berangkat ke Jerman untuk perlawanan bola sepak. ARTIKEL BERKAITAN: “Yes, I'm married”... Hana Adnan kini bergelar isteriARTIKEL BERKAITAN: Hana (Elite) nekad enggan jadi penyanyi"Kami berjumpa semula ketika majlis reunion sekolah. Kerap berhubung melalui kiriman mesej. Ada satu ketika dia mempunyai kerja di Langkawi dan saya mengirimnya coklat. "Selepas itu jumpa sebab nak bagi coklat tetapi lepas berbual rupanya dia single sama macam saya," ujarnya. Bercerita lanjut tentang pertemuan mereka, Hana mengakui pada awalnya menyangka Rudie masih berstatus suami orang memandangkan dia mengetahui lelaki itu pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak.Selepas mengetahui masing-masing sudah berstatus solo, hubungan mereka menjadi lebih akrab kerana kerap berjumpa. Dalam majlis orientasi, kami satu kumpulan. Sejak itu kami rapat dan dia jadi adik angkat saya. HANA ADNANPENYANYI"Saya ingatkan dia masih berkahwin, saya tahu dia pernah mendirikan rumah tangga dan ada dua orang anak. "Namun saya tak pernah tahu dia pernah bercerai kerana tidak bercerita hal peribadi. "Daripada situ kami mulakan semula hubungan perkenalan itu dan tempat kerjanya juga dekat dengan saya. Kami kerap juga bertemu," jelasnya. Berkongsi mengenai keputusan mendirikan rumah tangga, Hana mengakui tertarik dengan keperibadian Rudie yang penyayang dan bertanggungjawab."Saya suka sikapnya yang penyayang. Saya memang mencari seorang lelaki yang caring. Dia baik dan kami boleh serasi. "Hanya dia yang boleh jaga dan mengajar saya. Saya bersyukur anak-anak kami masing-masing memberi restu atas perkahwinan ini. Hana mendirikan rumah tangga semula selepas 19 tahun hidup solo."Alhamdulillah semua merestui hubungan ini dan saya berharap agar perkahwinan kali ini hingga ke jannah," katanya. Untuk rekod, Hana pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka British pada Oktober 2000. Selepas berkahwin, Hana menetap di Norwich, United Kingdom sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2007 dan pulang ke tanah air.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Aaaron Danial, 24, dan Alayna Daniella, 23.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!