suria

Daler Yusuf naik angin, keluarga jadi mangsa komen jahat netizen - “Jangan sentuh anak-anak aku!”

Daler tegas pertahankan anak-anak.

PELAKON Daler Yusuf meluahkan rasa kesal apabila anaknya menjadi mangsa kecaman netizen susulan tindakannya menegur secara terbuka pergaduhan melibatkan selebriti baru-baru ini.

Daler atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 35, berkata dia tidak akan berkompromi sekiranya anak-anaknya dijadikan sasaran kecaman netizen.

“Sejak aku menegur perkara itu, setiap hari aku terima komen berbentuk kebencian di hantaran aku.

Anak bongsu Daler turut menjadi mangsa.

“AKu tak kisah kalau orang nak kecam aku, tapi jangan sentuh anak-anak aku,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Menurut Daler, dia kekal dengan pendiriannya bahawa seorang lelaki perlu menjaga tutur kata terutama apabila melibatkan wanita, selain menegaskan tuduhan tanpa bukti boleh membawa kepada fitnah dan dosa besar.

“Lelaki kena jaga mulut bila berurusan dengan perempuan. Tak boleh sewenang-wenangnya menuduh tentang kehamilan luar nikah, pengguguran atau merosakkan maruah seseorang tanpa bukti.

“Itu fitnah dan dosa besar,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Daler Yusof tegur bapa tiri, tunang Puteri Balqis... Minta jaga adab bila cakap soal perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Daler Yusuf belum tinggalkan Malaysia, hanya balik bercuti

Tambah Daler, dia bimbang sikap sedemikian akan menjadi ikutan generasi muda sekiranya tidak ditegur lebih awal.

Tegasnya, teguran tersebut dilakukan atas dasar tanggungjawab sebagai seorang bapa yang turut mempunyai anak perempuan.

“Jangan normalisasikan perkara seperti ini sampai anak-anak muda anggap ia perkara biasa.

Antara komen yang diterima Daler.

“Aku seorang ayah. Aku ada anak perempuan. Dan aku akan terus menegur bila perlu,” tegasnya.

Sebelum ini, Daler secara menasihatkan bapa tiri dan tunang kepada Puteri Balqis supaya tidak terlalu lantang bersuara berhubung isu yang sedang hangat aktres berkenaan bersama Mia Sara.

Katanya, beberapa hantaran yang dimuat naik oleh mereka di media sosial disifatkan agak keterlaluan dan menggunakan bahasa kasar terhadap seorang gadis muda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain