suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rossa tak sengaja curi telefon pekerja salon, mengaku ada kleptomania

Rossa malu dengan sikapnya sendiri.

PENYANYI Datuk Seri Rossa berdepan saat memalukan apabila membawa pulang telefon bimbit milik peminat selepas mereka bergambar bersama di sebuah salon.

Rossa, 46, berkata pada awalnya dia dan rakan-rakan datang ke salon berkenaan untuk menjalani perawatan namun sebelum pulang sempat mengambil foto bersama salah seorang pekerja permis tersebut.

Namun semasa dalam perjalanan pulang, Rossa menerima panggilan dari pihak salon dan bertanya tentang keberadaan telefon bimbit  staf mereka.

Rossa tak sengaja bawa balik telefon bimbit orang lain.

Meskipun awalnya keliru namun selepas memeriksa beg tangan, dia mendapati telefon bimbit tersebut ada bersamanya.

"Mereka telefon dan bertanya sekiranya telefon bimbit itu ada pada saya atau tidak. Awalnya saya keliru dan mula terfikir sekiranya saya yang tertinggal telefon di sana.

"Tapi bila periksa beg tangan rupanya telefon bimbit pekerja bersama saya. Saya ada kleptomania" ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa lari hospital demi persembahan, komitmen bulanan cecah RM600,000

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa pertahan wanita buat pembedahan plastik, setiap orang berhak nak cantik

Tambah Rossa, beliau segera berpatah balik ke salon berkenaan untuk memulangkan telefon tersebut kepada pemiliknya.

Sekadar info, kleptomania ialah satu gangguan mental atau psikologi di mana seseorang mempunyai dorongan yang kuat untuk mencuri walaupun bukan barang berharga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain