PELAKON Demi Moore tampil memberi sokongan kepada isteri bekas suaminya, Emma Heming Willis yang kini berdepan cabaran menjaga Bruce Willis selepas aktor itu disahkan menghidap frontotemporal dementia (FTD).
Moore berkata, dia kagum dengan ketabahan Emma dalam melalui situasi tersebut.
“Banyak perkara terletak di bahu Emma. Apa yang penting, penjaga juga perlu menjaga diri sendiri dahulu supaya boleh terus kuat untuk orang lain,” katanya.

Demi Moore masih peduli nasib bekas suaminya Bruce Willis.
Terdahulu, Emma menjelaskan keputusan mencari rumah sendiri untuk Bruce adalah antara keputusan paling sukar, tetapi perlu dibuat kerana FTD yang dihidapi Bruce memerlukan suasana tenang.
Emma mula berkongsi keputusan memindahkan Bruce ke rumah sendiri pada Ogos lalu menerusi rancangan khas ABC, Emma & Bruce Willis: The Unexpected Journey.
Moore turut menyifatkan Emma sebagai seorang figura yang berani dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta Demi Moore dengan cef terkenal mula dihidu
ARTIKEL BERKAITAN: ‘The Brutalist’ Filem Terbaik, Demi Moore dan Zoe Saldana bawa pulang trofi pertama Golden Globe ke-82
“Dia melalui ketakutan, tetapi dalam masa sama menunjukkan kekuatan dan keberanian. Saya sangat hormat dengan caranya,” jelasnya.
Untuk rekod, Moore pernah berkahwin dengan Willis pada 1987 dan berpisah pada tahun 2000.
Aktor itu kemudian berkahwin dengan Emma pada 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Mabel, 13, dan Evelyn, 11.


