suria

Tak pandai mengeja, Tom Holland rupanya hidap ADHD dan disleksia

Holland disahkan menghidap penyakit ADHD dan dyslexia sewaktu usianya 7 tahun.

LAMA menyimpan rahsia, pelakon Tom Holland mendedahkan dirinya menghidap penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (ADHD) dan disleksia  sejak berusia tujuh tahun.

Tom, 29, berkata penyakit yang dihidapi itu menjadi ujian terbesar buatnya semasa dibangku sekolah kerana tidak boleh mengeja dengan lancar seperti kanak-kanak lain.

"Saya berhempas pulas di sekolah dan pencapaian saya kurang memberangsangkan. Tapi ibu bapa saya selalu pesan untuk saya terus berusaha," katanya

Tom gunakan kekurangan dengan sebaiknya.

Malah selepas bergelar pelakon, Tom mengakui dia sentiasa berasa cemas sekiranya perlu membawa watak tanpa bimbingan.

Pun begitu, dia bersyukur apabila  kekurangan itu secara tidak langsung melatih dirinya menjadi insan yang lebih baik dan membantu perkembangan kariernya.

"Disleksia membantu saya menjadi pelakon lebih baik kerana mampu meletakkan kreativiti dan gerak hati dalam membawa sesebuah watak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Holland berhenti berlakon kalau bergelar bapa, luang masa jaga anak dan main golf

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Holland jumpa bapa Zendaya minta izin, sudah sedia bergelar suami

"Saya percaya golongan seperti saya perlu ruang dan masa yang cukup untuk mendapatkan hasil yang memuaskan," kongsinya.

Untuk pengetahuan, ADHD merupakan sejenis gangguan perkembangan neurologi yang biasanya menyebabkan seseorang sukar untuk fokus, duduk diam, atau mengawal impuls. 

Ia boleh berterusan daripada zaman kanak-kanak hingga dewasa dan setiap individu menunjukkan gejala berbeza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain