suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Holland berhenti berlakon kalau bergelar bapa, luang masa jaga anak dan main golf

Tom dan Zendaya masih menunggu waktu sesuai untuk bina keluarga.

PELAKON Tom Holland masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata bersama teman wanitanya iaitu Zendaya.

Tom, 29, berkata, dia dan Zendaya masih lagi sibuk dengan karier lakonan mereka yang sedang berkembang ketika ini. 

Bagaimanapun kata Tom, sekiranya dia dan Zendaya memilih mempunyai cahaya mata dia akan menamatkan karier lakonan demi memberi tumpuan kepada keluarga.

"Kalau saya mempunyai anak, peminat tidak akan melihat saya berlakon dalam mana-mana filem lagi.

Tom dan Zendaya nikmati hidup bahagia.

"Saya akan mengisi masa saya dengan menjadi seorang ayah dan bermain golf dan meninggalkan dunia seni buat selama-lamanya," katanya memetik laporan Geo.

Sementara itu, menurut sumber terdekat pasangan itu memberitahu mereka juga tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Jelasnya, Zendaya mempunyai beberapa projek besar dan tidak akan mensia-siakan peluang tersebut.

"Mereka mungkin tidak akan berkahwin tahun ini, mereka masih mahu memberi tumpuan kepada karier masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan berjauhan, Tom Holland kini tinggal sebumbung dengan Zendaya

ARTIKEL BERKAITAN: Zendaya ‘unfollow’ teman lelaki di IG, Tom Holland pula kata masih bersama

"Mereka ingin membeli rumah yang sesuai dan mencipta kenangan bersama dahulu," kongsinya.

Pada April 2024, media melaporkan Tom berpindah masuk ke kediaman Zendaya kerana enggan berjauhan.

Tom dan Zendaya mula rapat ketika bertemu di set filem Spider-Man: Homecoming pada tahun 2016.

Pasangan itu kemudiannya memaklumkan mereka sedang bercinta pada 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain