suria

Choo Young Woo dikecam pakai ‘casing phone’ imej pelajar sekolah, disyaki ada unsur pedofilia

Rekaan sarung telefon bimbit Young Woo mencetuskan kontroversi.

NAMA pelakon Choo Young Woo melonjak naik selepas membintangi drama popular seperti The Trauma Code: Heroes on Call, Mercy for None dan Head Over Heels.

Popularitinya turut mengangkat dia ke tangga teratas senarai pelakon paling popular pada Julai lalu menewaskan beberapa bintang besar Korea.

Namun, kejayaan itu tercalar selepas foto sarung telefon digunakan Young Woo ketika menghadiri sebuah acara tular di forum dalam talian

Nama Young Woo semakin dikenali ramai.

Rekaan sarung telefon itu memaparkan imej seorang gadis muda berdiri di depan sebuah bangunan dengan tulisan jelas ‘adult goods’. 

Lebih mengejutkan, ia turut tertera frasa ‘High School Girls of Akihabara’ yang merujuk kepada perniagaan ‘JK’ di Jepun iaitu ‘temu janji berbayar’ bersama gadis berpakaian sekolah sekali gus dikaitkan dengan eksploitasi seksual remaja bawah umur.

Difahamkan imej berkenaan dipercayai berasal daripada akaun Instagram seorang ilustrator yang menghasilkan karya mencurigakan melibatkan gadis berseragam sekolah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Capai rating penonton tertinggi, saksikan Kdrama ‘The Tale of Lady Ok’ secara percuma di Viu

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Korea Selatan disiasat gara-gara didakwa serang isteri di rumah

Apabila disemak, didapati merujuk kepada perniagaan 'JK' di Jepun, yang menawarkan ‘temujanji berbayar’ bersama gadis berpakaian sekolah iaitu satu konsep yang sering dikaitkan dengan eksploitasi seksual remaja bawah umur.

Difahamkan, imej itu berasal daripada akaun Instagram seorang pelukis ilustrator yang turut berkongsi pelbagai karya melibatkan gadis berpakaian seragam sekolah dalam posisi yang mencurigakan.

Situasi ini mengundang pelbagai reaksi marah dan kecewa daripada netizen yang menganggap tindakan pelakon itu tidak sensitif dan boleh mempromosikan budaya yang salah.

Young Woo masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“Pelukis yang buat ilustrasi tu jelas pedofilia… Jijik betul, rasa nak muntah.

“Macam mana orang boleh pertahankan benda ni? Lelaki dewasa dengan wallpaper budak sekolah… tak masuk akal.

“Seorang lelaki dewasa simpan gambar macam ni… Seram!” tulis netizen.

Setakat ini, Young Woo belum memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung isu terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain