suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Korea Selatan disiasat gara-gara didakwa serang isteri di rumah

Kejadian pertengkaran suami isteri tersebut berlaku pada 24 Julai lalu di kediaman mereka.

SEORANG pelakon lelaki Korea Selatan berusia 40-an yang terkenal dengan watak sampingan dalam beberapa filem dan drama televisyen disiasat polis bulan lalu selepas didakwa menyerang isterinya di kediaman mereka.

Menurut polis kejadian tersebut berlaku pada 24 Julai lalu di rumah pelakon tersebut di Bucheon, Wilayah Gyeonggi. 

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes perlindungan domestik.

Pihak berkuasa menerima laporan kecemasan yang memaklumkan pelakon yang hanya dikenali sebagai 'A' telah menyerang isterinya yang dikenali sebagai 'B' semasa berlaku pertengkaran.

Sumber berkata, pergaduhan bermula dengan pertengkaran lisan dan ketika pelakon cuba meninggalkan rumah, isterinya berusaha menghalang sehingga tercetus pergelutan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Denise Richards dakwa suami lakukan keganasan rumah tangga, fail perintah larangan sementara

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan lagi jadi mangsa keganasan rumah tangga, Cut Intan Nabila nekad fail cerai terhadap suami

Polis telah menyoal siasat pelakon itu atas dakwaan serangan, tetapi kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes perlindungan domestik dan bukan kes jenayah memandangkan isteri pelakon itu tidak mahu meneruskan tindakan undang-undang.

Pelakon tersebut dikenali ramai menerusi watak sampingan dalam beberapa produksi, termasuk sebuah filem box-office tempatan yang mencatat tontonan melebihi 10 juta penonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain