suria

Dituduh tiada empati, Katy Perry teruskan saman balas terhadap veteran tentera usia 85 tahun.

Katty Perry, Katty Perry saman orang tua, orang tua saman penyanyi, penyanyi bergaduh.

PERSENGKETAAN antara penyanyi antarabangsa, Katy Perry dan keluarga veteran Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Carl Westcott masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun sudah berlarutan hampir lima tahun.

Kedua-dua pihak dijadualkan bertemu semula di mahkamah pada 21 Ogos ini bagi perbicaraan peringkat kedua membabitkan rumah mewah bernilai RM63 juta di Santa Barbara, California.

Pada Disember 2023, mahkamah memutuskan Perry sebagai pemilik sah kediaman itu.

Katy Perry bergaduh dengan orang tua demi pertahankan rumah.

Namun, pertikaian terus berlanjutan apabila penyanyi berusia 40 tahun itu memfailkan saman balas terhadap Westcott dengan menuntut ganti rugi RM13.7 juta.

Perry mendakwa dia tidak dapat menyewakan kediaman berkenaan daripada September 2020 hingga Mac 2024.

Pasukan guamannya turut menuntut tambahan RM9.6 juta untuk kos kerja-kerja pembaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry dah jumpa pengganti, dakwa jalin hubungan dengan bekas PM Kanada

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sembilan tahun berakhir, Katy Perry dan Orlando Bloom berpisah secara baik

Tuntutan itu bagaimanapun ditolak keluarga Westcott. Malah Anak Westcott iaitu Chart Westcott mengkritik Perry kerana dianggap tidak menunjukkan empati terhadap bapanya yang sedang uzur pada usia 85 tahun.

“Beliau kini terbaring di katil dengan penyakit demensia tahap akhir dan Huntington. Keadaannya tidak stabil dan boleh meninggal pada bila-bila masa, tetapi masih perlu berdepan saman daripada Katy Perry,” katanya.

Chart turut menuduh imej penyanyi itu yang kelihatan penuh simpati di khalayak sebaliknya hanya berpura-pura.

“Di depan umum dia nampak baik, tetapi realitinya tidak. Minta maaf pun tidak pernah,” ujarnya.

Artikel Lain