GARA-GARA berkelakuan di luar kawalan, pelakon asal China, Li Ming De dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan.
Hukuman tersebut diputusan atas kesalahan menyebabkan kerosakan kereta milik seorang pengarah drama yang dilakukan pada 27 Januari lalu.
Menurut dokumen mahkamah, kejadian berlaku ketika Li Ming De atau lebih dikenali Marcus Li berada di bawah pengaruh alkohol.

Kerjaya Marcus hancur gara-gara kesalahan yang dilakukan.
Insiden tersebut berpunca apabila Marcus berang selepas mendapati kereta mewah jenama Mercedez-Benz milik pengarah bernama Yang Yang menghalang laluan di tempat awam.
Dia kemudian bertindak mencabut cermin sisi dan menendang bahagian pintu kenderaan tersebut.
Pada awalnya mahkamah menetapkan Marcus perlu membayar denda sebanyak kira-kira RM53,000 dan dia bersetuju berbuat demikian.
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun tinggal bersama, Ailee kenal hati budi suami sebelum kahwin
ARTIKEL BERKAITAN: Ahn Bo Hyun tak pernah pesan ayam goreng sepanjang hidup, peti ais penuh makanan sihat
Bagaiamanpun pelakon itu kemudian menghilangkan diri selain menyekat panggilan daripada Yang.
Dia juga menuntut Yang untuk membuat permohoan maaf secara terbuka atas alasan telah mencemarkan nama baiknya.
Susulan itu pihak mahkamah sekali lagi mengeluarkan perintah Marcus perlu menjalani hukuman penjara selain denda sebanyak RM116,000.
Dia juga tidak dibenarkan terlibat dalam industri perfileman.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


