suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahn Bo Hyun tak pernah pesan ayam goreng sepanjang hidup, peti ais penuh makanan sihat

Ahn Bo Hyun berkata dia sebenarnya kurang menggemari makan ayam.

PELAKON Ahn Bo Hyun, mendedahkan dia tidak pernah memesan ayam goreng sepanjang hidupnya dalam program Chef & My Fridge.

Menurut Bo Hyun, 38, ketika chef di rancangan tersebut membuka peti sejuk miliknya, mereka hanya menjumpai barangan makanan diet sihat seperti dada ayam, oat dan pasta gandum penuh.

Bo Hyun dan Yoona ketika muncul dalam program Chef & My Fridge.

Namun, yang paling mengejutkan penonton adalah pengakuan pelakon itu yang tidak pernah memesan ayam goreng untuk dirinya sendiri.

“Saya sebenarnya tak suka ayam langsung. Sepanjang hidup, saya belum pernah lagi pesan ayam goreng untuk diri sendiri.

“Kalau ada kawan datang rumah, barulah saya akan pesan untuk mereka, tapi saya memang tak makan ayam goreng,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah putus, komitmen kerja punca hubungan cinta tak kekal lama

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap luang masa bersama di rumah... Jisoo Blackpink, Ahn Bo Hyun sah bercinta

Bo Hyun berkongsi perkara tersebut ketika muncul sebagai tetamu bersama YoonA, bekas ahli Girls’ Generation untuk mempromosikan filem terbaru mereka, Pretty Crazy.

Pelakon itu turut memberitahu dia mengamalkan diet ketat dengan makan lapan pek dada ayam setiap hari sebagai alternatif kepada makanan yang lebih berminyak dan tinggi kalori.

“Saya terpaksa makan lapan pek dada ayam setiap hari untuk diet. Jadi memang saya tak nak tambah makan ayam goreng langsung,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain