suria

Pelakon dedah Donald Trump pernah ajak keluar bermalam pada hari diceraikan bekas suami

Emma dedah Trump pernah ajaknya keluar.

PELAKON Emma Thompson mendedahkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pernah mengajaknya tinggal di kediamannya sambil makan malam bersama.

Menurut laporan Page Six, Emma, 66, bagaimanapun menolak pelawaan yang dibuat Trumph sekitar tahun 1995.

Malah dakwa Emma, hari berkenaan juga meninggalkan sejarah hitam buatnya apabila baru sahaja bercerai dengan bekas suami, Kenneth Branagh.

Emma ketika itu baru sahaja bercerai dengan bekas suaminya. 

"Trump pada awalnya memperkenalkan dirinya dan mempelawa untuk tinggal di salah satu kediamannya yang indah dan mengajak saya keluar makan malam.

"Saya tolak pelawaan tersebut dengan baik dan ucapkan terima kasih kepadanya," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber buat hal lagi, selamba berjalan pakai seluar dalam warna putih

ARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan takut mati di set penggambaran

Emma mendedahkan kisah tersebut ketika menghadiri Festival Filem Locarno di Switzerland pada Sabtu lalu.

Untuk rekod, Emma dan Kenneth berkahwin pada 1989 namun rumah tangga mereka berakhir pada 1995 disebabkan bekas suaminya itu curang. 

Kini, Emma sedang berbahagia bersama suaminya, Greg Wise, dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Gaia, 25, dan anak angkat, Tindy, 36 tahun.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia