suria

Tiga tahun simpan rahsia, pelawak wanita meninggal dunia akibat kanser

Mpok Alpa meninggal dunia pada usia 38 tahun.

PELAWAK Indonesia, Mpok Alpa meninggal dunia akibat kanser di Hospital Dharmais, Jakarta Barat pada pagi Jumaat. 

Menurut pengacara dan pelakon Raffi Ahmad, Mpok Alpa atau nama sebenar Nina Carolina sudah lama menderita penyakit itu namun merahsiakannya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. 

Kata Raffi, kisah perjuangan Mpok melawan kanser selama tiga tahun ini disimpan oleh rakan terdekat sehingga akhirnya mereka terpaksa menceritakan hal sebenar.

Mpok Alpa sudah tiga tahun menderita kanser.

"Selama ini dia (Mpok Alpa) tidak mahu membuat orang lain risau dan sentiasa merahsiakan tentang penyakitnya itu," katanya. 

Mpok Alpa atau menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun.

Berita pemergian pelawak berkenaan disahkan oleh pengcara Irfan Hakim menerusi program FYP pada pukul 8.15 pagi Jumaat (wktu tempatan).

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Marshanda terjatuh dari apartment, rancang nikah sebelum meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Song Young Kyu ditemui meninggal dunia dalam kereta, dakwa alami tekanan emosi akibat komen negatif netizen

"Kami belum bertemu dengan keluarga Mpok, tetapi hari ini 15 Ogos (Jumaat) Mpok Alpa telah meninggalkan kita semua kerana sakit," ujarnya. 

Sebelum ini, Mpok Alpa dilaporkan berulang-alik ke Malaysia untuk melakukan rawatan kanser sejak hamil anak kembar.

Kata Irfan, sewaktu menjalani rawatan Mpok Alpa dilihat berada dalam keadaan baik dan selepas melahirkan bayi kembarnya itu pada 7 Oktober 2024, pelawak berkenaan dikatakan mula menjalani rawatan lebih intensif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain