suria

Lee Ji Hoon tampil bersuara dakwaan menyerang isteri, mengaku berlaku sentuhan fizikal

Ji Hoon menjelaskan situasi sebenar berhubung dakwaan menyerang isteri.

PELAKON Lee Ji Hoon tampil bersuara selepas tular kisah seorang aktor disiasat pihak polis atas dakwaan menyerang isteri sendiri. 

Mengakui berlaku pertengkaran di rumah, Ji Hoon, 46, bagaimanapun menafikan dia menyerang isterinya dalam kejadian berkenaan. 

Menurut sumber terdekat, insiden tersebut hanya masalah kecil yang biasa terjadi dalam rumah tangga. 

Ji Hoon nafi melakukan kekerasan terhadap isteri. 

"Terdapat sentuhan fizikal ringan semasa pertikaian antara pasangan itu. 

"Selepas polis tiba dan menilai tempat kejadian, telah ditentukan bahawa ini bukan perkara yang serius, dan tiada serangan berlaku," jelas sumber berkenaan. 

Hubungan kedua-dua mereka dilaporkan kembali jernih. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Korea Selatan disiasat gara-gara didakwa serang isteri di rumah 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon tendang kereta pengarah, kena penjara enam bulan

Malah isteri Ji Hoon juga tidak meneruskan laporan polis atau sebarag dakwaan terhadap suaminya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 24 Julai lalu, Ji Hoon dan isteri bertengkar di kediaman mereka di Bucheon, Wilayah Gyeonggi. 

Pergaduhan bermula dengan pertengkaran lisan dan ketika pelakon cuba meninggalkan rumah, isterinya berusaha menghalang sehingga tercetus pergelutan fizikal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain