ISU kontrak eksklusif antara kumpulan NewJeans dan agensi mereka iaitu ADOR masih menemui jalan buntu.
Pada 14 Ogos lalu, Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengadakan sesi mediasi tertutup antara ADOR dan lima ahli NewJeans iaitu Minji, Hanni, Danielle, Haerin serta Hyein bagi menentukan sama ada kontrak mereka masih sah atau tidak.
Minji dan Danielle sempat kelihatan hadir ke mahkamah, tiada sebarang persetujuan dicapai dalam tempoh perbincangan selama sejam 20 minit itu.

Sesi mediasi NewJeans dan agensi mereka tidak berakhir dengan baik.
Mahkamah menetapkan pertemuan seterusnya pada 11 September, dan jika rundingan sekali lagi gagal, keputusan penuh akan diumumkan pada 30 Oktober.
Konflik ini bermula selepas bekas Pengarah Urusan ADOR, Min Hee Jin, dipecat pada Ogos tahun lalu.
Sebulan kemudian, NewJeans mengumumkan penamatan kontrak dan menukar nama kumpulan kepada NJZ untuk bergerak secara bebas.
Namun, ADOR tidak berdiam diri dan memfailkan saman pada Disember 2024 bagi mengesahkan kontrak eksklusif itu masih berkuat kuasa.
ARTIKEL BERKAITAN: NewJeans buat ‘rebranding’, umum nama baharu
ARTIKEL BERKAITAN: Visa tamat tempoh, Hanni NewJeans tinggal di Korea Selatan tanpa izin
Mereka mendakwa NewJeans menamatkan perjanjian secara unilateral atau sebelah pihak.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan injunksi ADOR pada Januari lalu untuk menghalang ahli kumpulan daripada menandatangani kontrak pengiklanan atau melakukan sebarang aktiviti bebas.
ADOR tetap bertegas kontrak itu sah, manakala NewJeans pula mendakwa kepercayaan sudah musnah dan tidak akan kembali ke agensi tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


