AHLI NewJeans sepakat memilih nama baharu selepas kumpulan mereka terpalit kontroversi bersama pihak pengurusan lama iaitu ADOR.
NewJeans yang terdiri daripada Minji, Hanni, Danielle, Haerin dan Hyein mengumumkan mereka menjenamakan semula kumpulan itu sebagai NJZ.
Perkara itu diumumkan pengurusan baharu mereka iaitu ComplexCon menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.
NewJeans kini di bawah pengurusan baharu iaitu ComplexCon.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan kemunculan mereka selepas menukar nama baharu.
"Nampaknya NJZ akan kembali dengan lebih hebat!
"Ini akan menjadi salah satu masa paling epik dalam sejarah K-pop," tulis netizen.
NJZ akan membuat persembahan di bawah nama baharu mereka buat kali pertama di ComplexCon.
ARTIKEL BERKAITAN: Visa tamat tempoh, Hanni NewJeans tinggal di Korea Selatan tanpa izin
ARTIKEL BERKAITAN: Tak penuhi kriteria sebagai pekerja, kes buli terhadap New Jeans disifatkan sebagai isu peribadi
Acara itu dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 23 Mac depan di Hong Kong.
Malah kumpulan itu juga sedang bersiap untuk menayangkan lagu baharu mereka pada acara berkenaan.
Untuk rekod, kontrak NewJeans dan ADOR ditamatkan pada November lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!