suria

Ambil wuduk sebelum mekap cara Sissy Imann jaga solat, tiada masalah jika MUA perlu solek semula

Sissy berkongsi amalan supaya sentiasa menjaga waktu solat.

PENYANYI Sissy Imann berkongsi cara mudah untuk dia kekal menjaga solat meskipun sibuk dengan jadual persembahan yang memakan tempoh masa lama.

Bagi Sissy, solekan tebal bukan alasan untuk meninggalkan rukun Islam kedua itu kerana dia sudah bersedia dalam keadaan berwuduk sebelum proses bersiap.

"Kalau macam saya, selalunya memang ambil wuduk sebelum make up. Lepas itu nanti masuk waktu, sarung sahaja telekung dan solat," katanya.

Penjelasan Sissy di Threads. 

Sissy menulis perkara berkenaan sebagai respons terhadap hantaran seorang individu di Threads yang mempersoalkan tentang gaya hidup seorang selebriti.

Penyanyi itu turut berkongsi video lama menunjukkan dia memakai telekung dan menunaikan solat dalam keadaan muka sudah siap disolek.

Menjawab beberapa komen balas, Sissy juga memberitahu jurusolek atau MUA cukup memahami keadaan apabila perlu melakukan solekan kali kedua sekiranya wuduk terbatal.

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann selamat bergelar isteri dengan satu lafaz, tiga cincin berlian dan nombor plat ‘SIS5795’ jadi tumpuan 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sissy Imann umum bakal nikah dengan doktor, kenal ketika jadi pesakit

"Kalau show pukul 9 malam, kejap sahaja tahan. Solat Asar, lepas itu make up mula pukul 5.30 petang. Maghrib pukul 7 lebih dah solat.

"Kalau kerja tempoh masa lama, tak tahan pergi sahaja tandas. Lepas itu make up semula. Setakat ini make up artist yang kerja dengan saya semua memahami.

"Kita cuba, semoga amalan kita semua diterima," ujarnya.

Perkongsian Sissy mendapat pujian ramai. 

Jawapan tersebut mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata meluahkan rasa kagum terhadap Sissy kerana memberi penjelasan secara berhemah apabila ditanya tentang rutinnya.

Malah, dia sempat berseloroh perlu menjaga solekan termasuk gaya rambut agar tidak rosak apabila memakai telekung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain