suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Erysha Emyra meninggal dunia 

Bapa Erysha Emyra disahkan meninggal dunia.

BAPA kepada pelakon Erysha Emyra iaitu Datuk Zakaria Abdul Rahman disahkan menghembuskan nafas terakhir pada petang Jumaat. 

Khabar duka itu dikongsikan oleh pengurus kepada Erysha yang dikenali sebagai Afeeq di InstaStory miliknya. 

"Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa ayah kepada Erysha Emyra iaitu Zakaria Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah. 

Berita sedih itu dikongsikan pengurus Erysha. 

"Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," katanya. 

Tambah Afeeq, segala informasi lanjut mengenai pengurusan jenazah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Erysha Emyra akui introvert, ‘latih diri’ jadi mesra bila balik raya

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Erysha Emyra dipecah masuk, duit dan barang kemas lesap

"Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian akan diumumkan dari semasa ke semasa," tambahnya. 

Sebelum ini pada 21 Mei lalu, Erysha atau nama sebenar, Nur Erysha Emyra Zakaria, 26, memohon doa orang ramai selepas bapanya dilapor berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital.

Allahyarham juga merupakan bekas suami kepada pelakon Datin Seri Noniswara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain