suria

Erysha Emyra akui introvert, ‘latih diri’ jadi mesra bila balik raya

Erysha sentiasa melatih diri untuk lebih yakin bergaul dengan orang ramai.

SIAPA sangka pelakon Erysha Emyra rupa-rupanya seorang yang introvert dan tidak gemar bercakap dengan ramai orang sebelum menceburi bidang seni.

Bagaimanapun Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 27, berkata sejak dikenali dia perlu menyesuaikan diri terhadap persekitaran, lebih-lebih lagi ketika pulang ke kampung halaman di Kelantan pada musim perayaan.

 

"Saya sebenarnya seorang yang sangat introvert. Kalau dulu balik Kelantan atau balik raya ke mana-mana, saya banyak diam sahaja.

"Saya tak bercakap sangat dengan orang. Saya lebih senyap, tapi sekarang bila balik raya ramai pula yang tegur.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Belum ada cincin di jari, Erysha Emyra jawab hubungan dengan Ariel Fesol... Mula rapat selepas berlakon bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat hidup cuma sementara, Erysha Emyra cari pedoman mahu jadi lebih baik

"Biasanya bila balik raya saya kena ‘prepare’ bateri sosial saya sebelum bertemu dengan sanak-saudara," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Erysha turut berkongsi pengalaman pulang ke kampung yang kini dirasakan semakin mencabar berbanding ketika zaman kanak-kanaknya.

Kongsi pelakon drama Aku Bukan Ustazah ini, perjalanan pulang ke Kelantan yang mengambil masa terlalu lama akibat kesesakan trafik membuatkan dia lebih memilih menaiki kapal terbang.

Erysha meraikan Aidilfitri di Kelantan.

"Dulu sewaktu kecil saya suka naik kereta bila balik kampung. Naik kereta lama-lama memang rasa seronok.

"Tapi sekarang sampai 26 jam perjalanan kalau trafik sesak. Rasa macam tak mengapalah daripada sakit belakang. Mungkin sebab faktor usia. 

"Sejak tiga tahun berada dalam industri ini, saya selalunya balik paling lambat kerana mempunyai komitmen kerja. Jadi memang keluarga saya balik dulu dan saya naik kapal terbang," ujarnya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain