suria

Irfan Haris pertama kali beraya tanpa Amira Othman, terima hakikat keutamaan kakak pada suami... “Tak dapat jumpa boleh video call”

Irfan (kiri) pertama kali menyambut Aidilfitri tanpa Amira.

PENYANYI Irfan Haris berkongsi pengalaman pertama bakal menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran kakaknya, Amira Othman yang kini sudah berkeluarga.

Irfan atau Irfan Haris Othman, 25, berkata dia terbuka menerima perubahan itu kerana memahami keutamaan kakaknya selepas bergelar isteri kepada aktor Fattah Amin. 

Kata Irfan, meskipun tidak dapat beraya pada hari raya pertama, namun mereka masih boleh berhubung melalui panggilan video.

Irfan menghormati peranan kakaknya sebagai seorang isteri.

"Saya okay saja. Lagipun saya kena terima hakikat yang kakak dah berkahwin dan ada suami. 

"Kalau tak dapat jumpa (raya pertama) kami masih boleh buat panggilan video. Lagi pun kakak bukan raya jauh (perantauan)," katanya kepada mStar. 

Ditanya mengenai mencari jodoh di hari raya, Irfan memaklumkan dia kini masih memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian dan belum memikirkan soal perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris kerap balik Johor... Tak sanggup tinggal sendirian di KL selepas Amira Othman kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris nampak perubahan Amira sejak kahwin Fattah, lebih ‘happy’ muka berseri-seri

"Jodoh lebaran ya? Mungkin belum lagi agaknya sebab umur saya pun baru 25 tahun. Buat masa sekarang saya memang fokus kepada kerjaya nyanyian.

"Jadi doakanlah supaya saya dapat terus buat lagu yang best dan berkualiti. Itu keutamaan saya sekarang," ujarnya. 

Sementara itu, Amira turut berkongsi mengenai perubahan yang dilaluinya bagi menyambut Aidilfitri selepas bergelar isteri. 

Amira (kanan) tahun ini beraya sebagai isteri. 

"Setiap tahun saya memang beraya bersama keluarga, tapi tahun ini ada sedikit perubahan.

"Kebetulan adik saya akan berkahwin pada bulan Syawal, jadi kami sepakat untuk beraya dengan keluarga Fattah dahulu sebelum pulang ke kampung di Johor,"katanya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain