PELAKON Janna Nick memaklumkan dia kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perfileman selepas sekian lama meninggalkan dunia akademik.Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata bukan mudah untuk kembali belajar selepas berbelas tahun memberi tumpuan kepada kerjaya, namun dia percaya tiada istilah terlambat untuk menuntut ilmu. “Sekarang saya sedang belajar dalam bidang perfileman. Susah nak kejar balik selepas berbelas tahun tinggalkan dunia akademik.Janna kini melanjutkan pelajaran di London.“Kadang rasa ketinggalan, kadang rasa lambat tapi saya masih di sini. Masih mencuba.“Sejujurnya, tak pernah terlambat untuk sambung belajar. Allah lebih mengetahui waktu yang terbaik,” katanya.Janna berkongsi perkara itu di ruangan komen sebuah hantaran yang dimuat naik pelakon dan personaliti media sosial, Mek Yun di aplikasi Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick mohon maaf, akui silap dan berazam jaga tutur kata... “Jika terleka, tegur dan marahlah”ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita rayu nak pinjam duit, Janna Nick terkejut suami yang jawab panggilan… “Harap ada orang boleh selamatkan dia” Dalam pada itu, Janna turut mendedahkan dia sebenarnya pernah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama ketika di bangku sekolah, namun tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran kerana perlu membantu keluarga mencari rezeki.“UPSR 5A, PMR 8A, SPM 6A 2B.“Tak sempat sambung belajar dulu sebab perlu mencari nafkah untuk keluarga,” ujarnya.Untuk info, Janna dilaporkan menyambung pengajian ke peringkat sarjana di United Kingdom bersama suaminya, aktor Dini Schatzmann. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube