suria

Janna Nick mohon maaf, akui silap dan berazam jaga tutur kata... “Jika terleka, tegur dan marahlah”

Janna tampil mohon maaf kepada semua pihak.

SELEPAS menerima pelbagai kecaman susulan konflik dengan aktres Puteri Balqis, pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil memohon maaf secara terbuka serta berazam untuk lebih berhati-hati dalam tutur kata agar tidak menyakiti perasaan mana-mana pihak.

Menurut Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, dia mengakui kelemahan diri dan mengambil segala teguran yang diterima sebagai satu pengajaran berharga untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

“Saya mohon ampun dan maaf kepada semua dan saya juga memaafkan semua.

Konflik Janna dan Aqish jadi bualan netizen.

“Insya-Allah, saya juga berazam untuk tidak lagi berkata apa-apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa,” katanya.

Perkara itu dikongsikan oleh Janna menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Isnin.

Berkongsi lanjut, Janna berkata dia terbuka menerima teguran daripada orang ramai dan menganggap setiap ujian yang dilalui sebagai satu proses pendewasaan.

“Andai kata suatu hari nanti saya terlupa atau terleka, tegurlah saya, marahlah saya. Saya bersyukur atas segala teguran.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick mohon maaf kepada Puteri Balqis, sedia jumpa untuk leraikan sengketa… “Saya tak benci awak dan tak backup pembuli”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam sungguh netizen, teruk Janna Nick kena hentam… Tergamak sentuh soal cahaya mata

“Semoga segala ujian yang diberikan Allah SWT akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Sebelum ini, Janna menjadi sasaran kecaman netizen susulan kontroversi membabitkan dirinya dengan aktres Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish.

Bukan sekadar mengkritik isu yang tercetus, malah segelintir individu turut mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menyentuh perkara sensitif apabila mengaitkan pelakon itu dengan isu belum dikurniakan cahaya mata.

Perkongsian Janna di Instagram miliknya.

Terdahulu, Janna secara terbuka tampil memohon maaf kepada Aqish susulan kekecohan dan salah faham yang berlaku antara mereka.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Janna mendakwa tidak menerima sebarang maklum balas daripada aktres berkenaan meskipun telah mengajak Aqish untuk berbincang secara bersemuka menerusi platform dalam talian.

Selain itu, Janna turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berhubung satu hantaran yang pernah dimuat naiknya di laman Threads sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain