PELAKON Eyra Hazali mendedahkan dirinya sudah lama menderita penyakit tonsil dan perlu menjalani pembedahan segera.Eyra atau nama sebenarnya Hazira Qasdina Hazali, 27, berkata selama ini dia kerap bergantung kepada antibiotik bagi mengurangkan kesakitan. Namun, keadaan tonsil dilaporkan semakin serius dan doktor memberitahu pengambilan antibiotik secara kerap dikhuatiri tidak lagi berkesan.Eyra bimbang rasa sakit selepas pembedahan.“Saya memang sakit tonsil ini hampir setiap tahun. Pernah sekali sampai ditahan wad sebab sakitnya terlalu perit.“Doktor pun sudah banyak kali nasihatkan untuk buang tonsil sebab kalau kerap ambil antibiotik, lama-lama ubat itu mungkin tak berkesan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.Bagaimanapun, Eyra mengakui dia berasa bimbang untuk melalui proses pemulihan selepas pembedahan yang didakwa lebih menyakitkan. “Tapi tak sanggup juga nak lalui proses penyembuhan sebab ramai cakap sakit. Ada yang kata sampai dua bulan,” luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak berdengkur ketika tidur, Eyra Hazali tak sangka Endra hidap tonsil tahap empat… Terpaksa jalani pembedahanARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali ajar anak tutup mata masuk tandas wanita, elak rasa tak selesa pengguna lainPerkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata menasihatkan Eyra supaya menjalani pembedahan kerana ia berbaloi untuk jangka masa panjang.“Seksa sekejap lepas buang tonsil tapi lepas itu lega dan tak perlu hadap demam serta sakit tekak yang menjengkelkan. “Kalau tak buang, sakit datang balik. Sembuh sekejap saja. Tapi lain orang lain kesan,” komen beberapa netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube