PRIHATIN terhadap isu melibatkan wanita teraniaya, pelakon Sherry Ibrahim menasihatkan kaum hawa agar tidak mudah berkongsi kisah sedih atau kelemahan diri dengan lelaki yang baru dikenali.Sherry, 42, berkata tindakan tersebut boleh membuka ruang kepada individu tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan ketika wanita berada dalam keadaan emosi yang lemah. “Jangan sesekali berkongsi kisah sedih atau kelemahan dengan lelaki tidak dikenali, khususnya mereka yang mempunyai niat tidak baik.Sherry nasihat agar wanita-wanita pandai menjaga diri.“Apabila mereka tahu seorang perempuan berada dalam keadaan lemah, mereka akan berpura-pura mengambil berat sebelum mengambil kesempatan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.Menurut Sherry, perasaan kasihan yang ditunjukkan pada awalnya sering menjadi permulaan kepada perkara tidak diingini dan meminta wanita untuk berani mempertahankan diri. Katanya, terdapat segelintir lelaki yang sanggup bersikap lepas tangan selepas memperoleh apa yang mereka mahukan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tidak patut imbau kisah lama saya” - Sherry Ibrahim minta netizen ‘move on’, ungkit sejarah silam sebagai buli siberARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim minta jangan ungkit kisah lalu... “Saya sendiri sudah reda dan berdamai dengan takdir”“Mula-mula buat kasihan, kemudian ambil kesempatan dalam kesulitan. Kalau seorang perempuan berkata tidak, tolong jangan paksa!“Kemudian selepas melakukan perkara tidak baik, tergamak mengabaikan dan melayan wanita seperti sampah.“Rasa marah dengan perbuatan seperti ini. Perbuatan meninggalkan impak yang lebih besar berbanding kata-kata,” luahnya.Bagaimanapun, hantaran tersebut tidak menyentuh atau menyebut mana-mana pihak secara khusus.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube