suria

Janna Nick mohon maaf kepada Puteri Balqis, sedia jumpa untuk leraikan sengketa… “Saya tak benci awak dan tak backup pembuli”

Janna enggan panjangkan sengketa.

PELAKON Janna Nick secara terbuka tampil memohon maaf kepada aktres Puteri Balqis susulan kekecohan dan salah faham yang berlaku antara mereka. 

Kenyataan tersebut dibuat oleh Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, selepas tidak menerima sebarang maklum balas daripada Puteri Balqis. 

"Andai kata tak sudi jumpa, tidak mengapa. Saya minta maaf atas segala salah laku selama kita pernah bekerjasama 10 lepas untuk empat hingga lima hari atau mungkin kurang daripada itu. 

Janna sedia bertemu Aqish. 

"Saya doakan awak terus dilimpahkan rezeki dan dapat terus jaga mak awak," tulisnya. 

Dalam hantaran di Instagram itu Janna turut memberitahu dia masih menunggu respons Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish selepas diajak bersemuka secara atas talian. 

Tambah Janna, dia mengharapkan pertemuan tersebut dapat menjernihkan keadaan selain meleraikan segala salah faham yang berlaku. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada tak puas hati kita boleh jumpa” - Janna Nick tak tahu punca nama dipetik Puteri Balqis 

ARTIKEL BERKAITAN: Drama makin panas, Puteri Balqis nafi ibu pernah cakap buruk tentang Janna Nick

"Saya masih tunggu jawapan. Okay ke kalau kita berjumpa untuk jernihkan keadaan? 

"Saya tak suka awak nak assume saya tak suka awak, saya backup pembuli. Saya tak benci awak dan saya tak backup pembuli. 

"Tapi awak mention saya terang-terangan dan buat tuduhan melulu," ujarnya. 

Pelakon itu turut memohon maaf atas kekeliruan berhubung hantaran yang pernah dibuat di laman Threads sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!