suria

Carian Wikipedia sunting maklumat peribadi Rykarl Iskandar... “Pembuli dalam kalangan artis Malaysia”

Nama Rykarl turut terkait berhubung dakwaan melakukan tindakan buli.

PELAKON Rykarl Iskandar menjadi sasaran kecaman banyak pihak selepas kecoh dakwaan dia pernah membuli aktres Puteri Balqis. 

Pelik dengan tuduhan tersebut, Rykarl, 20, menganggap tiada keperluan dia membuat permohonan maaf hanya kerana desakan netizen. 

Malah dia juga menjelaskan segala dakwaan buli adalah hanya lakonan dalam drama di mana dia dan Puteri Balqis pernah terlibat sama ketika mereka masih kanak-kanak. 

Rykarl pelik namanya menjadi sasaran. 

"Saya nak kena minta maaf atas kesalahan apa pun tak tahu. 

"Semua senario yang ditulis l adalah babak-babak dalam drama. Adakah itu dikira membuli kalau sekadar watak dalam drama? Saya cuma jawab kepada netizen," tulisnya dalam ruangan komen di Threads. 

Rykarl dalam masa sama memberitahu Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish tidak pernah menyebut namanya berhubung isu tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rykarl tuntut bukti pernah buli Puteri Balqis, akaun media sosial diserang netizen 

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis buka kisah kena buli, ditolak kerana tidak ‘famous’… Nama Mia Sara sekali lagi terkait

Malah dia sekali lagi meminta bukti jika berlaku sebarang tindakan buli terhadap pelakon itu. 

"Pelik juga sebab ramai suruh minta maaf daripada posting Aqish itu rasanya. Tiada pula dia mention nama saya. 

"Ramai-ramai tu tolong bagi bukti. Saya tunggu," jelasnya. 

Maklumat peribadi Rykarl ditukar sebagai 'pembuli'. 

Lebih teruk lagi ada pula pihak tidak bertanggungjawab menyunting maklumat peribadi Rykarl dalam carian Wikipedia dengan menulis dia sebagai pembuli. 

Pelakon itu juga tidak gentar apabila berdepan situasi sebegini kerana percaya berada di pihak benar. 

"Tuhan dah atur dah, pasti sampai waktunya. Biarkan semua puaskan hati masing-masing. 

"Yang benar dah tentu benar. Nak takut apa kalau tidak buat salah kan," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!