suria

Rykarl tuntut bukti pernah buli Puteri Balqis, akaun media sosial diserang netizen

Rykarl tampil pertahankan diri.

PELAKON Rykarl Iskandar meminta bukti sekiranya pernah membuli aktres Puteri Balqis ketika mereka terlibat dalam penggambaran sewaktu masih kanak-kanak.

Rykarl berkata demikian selepas ditanya oleh seorang netizen di ruangan komen mengenai dakwaan tersebut. 

“Maaf kalau betul Rykarl pembuli boleh kongsi bukti,” balas Rykarl.

Komen balas Rykarl meminta bukti. 

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik pada Sabtu, rata-rata komen yang ditinggalkan netizen menyentuh mengenai isu panas yang dibangkitkan Puteri Balqis atau Aqish terhadap dirinya.

“Pembuli perempuan.

“Mengaku jelah kau dah buli Balqis. Lebih baik kau pergi minta maaf dekat Balqis.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis dakwa Mia Sara teguk arak, hisap dadah dan gugurkan kandungan… Tuntut permohonan maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis buka kisah kena buli, ditolak kerana tidak ‘famous’… Nama Mia Sara sekali lagi terkait

“Pembuli,” antara komen yang diterima Rykarl.

Terdahulu Aqish mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa buli oleh dua rakan artis, Mia Sara dan Rykarl Iskandar ketika mereka terlibat dalam penggambaran bersama sewaktu masih kanak-kanak.

Aqish mendakwa dirinya sering dihina dan dikutuk hanya kerana penampilannya yang dianggap tidak ‘gah’ seperti rakan-rakan lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!