suria

Drama makin panas, Puteri Balqis nafi ibu pernah cakap buruk tentang Janna Nick

Aqish tampil pertahankan ibunya.

TIDAK menunggu lama,  pelakon Puteri Balqis tampil membalas kenyataan Janna Nick dan menafikan dakwaan ibunya pernah bercakap buruk tentang aktres itu sebelum ini. 

Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish berkata, kenyataan tersebut adalah dikeluarkan oleh bapa kandungnya yang menyebarkan cerita dalam kalangan produksi. 

"Bukan ibu saya yang menulis tentang awak. Saya dan ibu tahu tentang itu dan ia adalah perbuatan bekas suaminya yang mesej selebriti secara peribadi tentang awak. Bukan dalam group," katanya. 

Aqish dan Janna saling berbalas kenyataan. 

Dalam masa sama, Aqish turut berkongsi pengalaman dia dan Janna pernah terlibat dalam penggambaran sebuah drama sebelum ini. 

Dakwaannya Janna tidak memberikan layanan baik terhadapnya yang ketika itu masih kanak-kanak. 

"Mungkin awak lupa, waktu kita berlakon bersama. Saya yang masih kecil minta untuk rehearsal dengan awak. Sambil petik jari, awak gelak ‘Puteri Balqis mintak rehearsal!’ dan awak terus pergi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada tak puas hati kita boleh jumpa” - Janna Nick tak tahu punca nama dipetik Puteri Balqis 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau saya maki akak hari ini 20 kali, boleh lepaskan saya tak?” - Puteri Balqis tempelak Janna Nick

"Awak kata kesian dengan saya. Mana kesian awak ketika itu? Berkali-kali awak lupa dialog dan potong dialog saya. Tiada minta maaf," tulisnya. 

Aqish juga berkongsi beberapa pengalaman lain mendakwa Janna tidak memberi perhatian serius ketika penggamabaran sehingga memberi kesan kepada pelakon lain. 

Sementara itu dalam satu hantaran berbeza Janna menjelaskan hantarannya di laman Threads sebelum ini tidak pernah ditujukan kepada mana-mana pihak. 

Isu melibatkan Aqish dan Janna kini jadi perhatian. 

Malah Janna turut mengagumi Aqish sebagai pelakon kanak-kanak yang berdedikasi. 

"Saya masih ingat awak bawa patung Darth Vader datang set. Saya kagum dengan sikap dedikasi awak tak seperti budak-budak lain. 

"Threads saya itu general tak merujuk untuk backup MS. Saya seorang yang pendendam sangat teruk. tapi bila cuba melepaskan saya rasa lebih baik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!