suria

Shamsul Ghau Ghau dimasukkan ke hospital, alami darah beku di otak… Perlu bantuan untuk bedah

Shamsul kini sedang menerima rawatan di hospital.

PELAKON Shamsul Ghau Ghau dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang susulan mengalami pendarahan beku di bahagian otak. 

Perkara tersebut dikongsi oleh rakan artis iaitu aktres Sheila Mambo yang mendapat maklumat daripada isteri pelakon berkenaan. 

"Kami berlakon sama, tetapi dia tidak datang ke set pagi ini (Sabtu). Jadi saya pun hubungi isterinya untuk bertanyakan perkara itu. 

"Isteri dia beritahu Shamsul masih tidur dan tidak maklumkan tentang jadual penggambaran. Dia juga nampak tak sihat dan saya minta bawa ke hospital. 

Keadaan kesihatan Shamsul dilaporkan kurang baik. 

"Selepas jalani pemeriksaan, doktor sahkan ada darah beku pada bahagian otak kiri," katanya kepada mStar. 

Shamsul dikatakan kini masih menerima rawatan di unit kecemasan dan mendapat saranan untuk menjalani pembedahan segera. 

Tambah Sheila, dia juga mula menyedari perubahan pada rakannya itu ketika mereka menjalani penggambaran drama berjudul Kedai Kopi Melekit. 

"Hari pertama dia sangat bagus, tetapi semalam dia banyak baring. Dia juga seperti tidak boleh deliver watak dengan baik. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tindakan Fattah Amin tutup mulut bijak, Shamsul Ghau Ghau minta kaum lelaki ambil pengajaran  

ARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Ghau Ghau manfaat kelebihan media sosial, tak malu belajar dengan anak-anak 

"Bila saya bertanya dia hanya ketawa sahaja," ceritanya. 

Sheila juga memberitahu pelakon itu juga memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani pembedahan selain rawatan susulan. 

"Setakat ini diberitahu deposit untuk pembedahan RM25,000. Tetapi saya juga dimaklumkan pihak hospital cuba untuk pindahkan dia ke Hospital Sungai Buloh. 

"Di sana mungkin kos tidak terlalu tinggi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!