suria

“Kalau saya maki akak hari ini 20 kali, boleh lepaskan saya tak?” - Puteri Balqis tempelak Janna Nick

Nama Janna turut terkait dalam isu melibatkan Aqish.

PELAKON Puteri Balqis secara terbuka memberi teguran kepada aktres Janna Nick yang didakwa bersikap ‘sinis’ dan berpura-pura neutral dalam memberi pandangan mengenai isu yang menimpa dirinya. 

Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, mengingatkan Janna tentang perasaan seseorang yang berdepan kecaman serta kata-kata hinaan orang sekeliling.

Bagi Aqish, situasi sebegitu pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat mana-mana individu.

Hantaran terbuka Aqish buat Janna. 

“Kalau saya makikan akak Janna hari ini 20 kali, kakak boleh lepaskan saya tak? Jawapannya, tidak.

“Sebab kakak ada maruah yang perlu dipertahankan. Yang pastinya makian saya akan segar dalam ingatan kakak.

“Kakak akan teringat wajah Megan Fox saya, badan ala-ala ‘cutting model’, senyuman manja dan gigitan bibir seksi saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis dakwa Mia Sara teguk arak, hisap dadah dan gugurkan kandungan… Tuntut permohonan maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis buka kisah kena buli, ditolak kerana tidak ‘famous’… Nama Mia Sara sekali lagi terkait

Aqish menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram sekali gus menambah kekecohan berhubung pendedahan yang pernah dibuat sebelum ini.

Hantaran tersebut dipercayai dibuat selepas Janna memuat naik perkongsian tentang melepaskan dan tidak menyimpan dendam terhadap seseorang.

Janna bagaimanapun tidak menyebut nama mana-mana individu berhubung perkara tersebut.

Ibu Aqish turut berkongsi satu hantaran buat Janna. 

Aqish dalam masa yang sama turut meninggalkan kata-kata kesat buat Janna.

“Akak boleh muat naik di Threads dan beritahu sekalian alam betapa biadabnya saya pada senior ‘wannabe’ seperti akak yang tikam kami daripada belakang,” luahnya.

Sebelum ini ibu kepada Aqish iaitu Norashikin Mohd Aziz tampil membuat satu kenyataan meminta Janna tidak masuk campur urusan keluarga mereka. 

Malah Norashikin juga menanggap Janna berat sebelah selain sengaja menjadikan isu melibatkan anaknya itu sebagai bahan bualan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain