suria

Hargai sokongan peminat Gen Z, Fauziah Latiff bangga golongan muda dengar lagu lama

Fauziah menghargai sokongan peminat Gen Z.

PENYANYI Fauziah Latiff berbesar hati apabila karya nyanyiannya masih mendapat tempat dalam kalangan pendengar muda, termasuk golongan Gen Z.

Fauziah atau Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 56, berkata minat generasi baharu terhadap lagu-lagu lama bukan sesuatu yang asing kerana beliau sendiri pernah melalui proses sama ketika di awal pembabitan dalam industri seni.

"Saya sangat menghargai kerana dulu pun masa muda saya pernah study lagu-lagu daripada penyanyi senior sebelum ini. 

Fauziah meraikan peminat yang memberi sokongan terhadapnya.

"Saya banyak buat rujukan kepada lagu-lagu yang berkualiti dan bagi saya ia adalah sangat penting. 

"Sama juga dengan gen Z sekarang, mereka mendengar lagu lama dan baru jadi dapat menambah kreativiti dalam berkarya," katanya. 

Fauziah juga berbangga apabila kink semakin ramai pemuzik muda tampil berkolaborasi dengan penyanyi yang sudah berpengalaman. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Latiff cerewet orangnya, punca 9 tahun tiada lagu baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Latiff akui lagu mesra TikTok cepat ‘naik’, tapi lebih utamakan lirik dan melodi… Enggan dilabel ikut trend

Baginya pertukaran idea dapat membantu industri muzik tempat terus berkembang. 

"Malah gabungan komposer baru dan lama juga dapat menghasilkan idea kreativiti masing-masing. 

"Kalau dipandang secara positif, perkembangan ini sangat bagus lebih-lebih lagi Gen Z sekarang mereka sangat genius. 

Mereka (Gen Z) mendengar lagu lama dan baru jadi dapat menambah kreativiti dalam berkarya. 

FAUZIAH LATIFF

PENYANYI

"Kedua-dua generasi baru atau lama patut saling memberi sokongan dan mempelajari ilmu dan teknologi yang semakin berubah dari hari demi hari," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Fauziah Latiff bakal mencipta sejarah peribadi apabila mengadakan konsert solo pertama berskala besar, ‘4 Decades Fauziah Latiff Live in Concert’ yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei depan di Dewan Plenary, Kuala Lumpur.

Penyanyi lagu Setia Ku Korbankan ini mengakui tidak berasa ralat meskipun hanya muncul dengan konsert solo selepas empat dekad bergelar anak seni.

Fauziah turut memohon maaf kepada peminat kerana mengambil masa yang lama untuk akhirnya tampil dengan konsert berskala besar. 

4 Decades Fauziah Latiff Live in Concert bakal berlangsung pada Mei depan.

"Saya tak pernah merasa ralat menunggu selama 40 tahun untuk akhirnya mengadakan konsert solo.

"Rasa takut tentu sekali ada untuk menerima tawaran ini, walaupun saya hanya mengambil masa yang singkat sebelum menyatakan persetujuan.

"Ketakutan itu tentunya kerana merasakan tanggungjawab besar yang harus dipikul. Konsert ini juga adalah sebagai tanda balasan saya kepada peminat atas sokongan dan membesar dengan lagu-lagu saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain