PENGACARA Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila banyak peluang kerja ditolak kerana sikap sendiri yang menganggap segala perkara boleh dilakukan di masa hadapan. Menurut Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 45, pada usia muda, dia banyak mensia-siakan masa dan selalu merasakan waktu masih panjang untuk mencapai segala yang diinginkan. "Kalau saya fikir kembali 10 tahun lepas, saya akan cakap pada diri sendiri supaya jangan buang masa. Awal akui mempunyai sifat suka tangguh dalam membuat keputusan sewaktu muda."Sebab masa muda dulu, saya terlalu banyak mensia-siakan masa. Apa sahaja yang datang, saya anggap tak apa, boleh buat kemudian. Dalam kepala saya ketika itu, masa masih panjang."Bila orang ajak buat sesuatu, saya selalu tangguhkan. Fikir nak buat tiga atau empat tahun kemudian. Tapi sekarang saya sedar sebenarnya kita tak ada masa pun," katanya kepada mStar.Berkongsi lanjut, Awal turut berkongsi tentang salah satu kekesalan terbesar dalam hidupnya adalah dengan membuat keputusan untuk menangguhkan tawaran berlakon teater.Menurut Awal, ketika muda, dia juga pernah mendapat peluang besar untuk menjadi hero dalam beberapa produksi, tetapi kerana merasakan belum cukup bersedia dia memilih untuk menangguhkan tawaran tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari, Scha Alyahya masih teringin tambah anak, serah kepada rezekiARTIKEL BERKAITAN: Anak selebriti sering dibanding-bandingkan, Awal Ashaari bimbang peningkatan kes buli"Antara perkara yang saya kesalkan adalah tidak mencuba benda baharu. Contohnya teater. Dulu bila orang ajak buat teater, saya tangguhkan. "Konon belum masanya. Sampai satu tahap, bila umur dah meningkat, sudah tiada siapa yang mahu ambil kita untuk berlakon teater."Dalam perjalanan hidup saya sebagai selebriti, lakonan teater adalah satu perkara yang saya belum capai. Takkan sekarang nak berlakon watak bapa pula, rasa sudah tak sama. Begitu juga ketika muda dahulu, bila dapat tawaran jadi hero, saya kata belum bersedia dan minta ditangguhkan," jelasnya.Selain daripada kerjaya, Awal juga mendedahkan dia pernah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, namun pada waktu itu dia memilih untuk menangguhkan niat tersebut.Awal pesan pada golongan muda agar tidak buang masa.Malah sebagai seorang yang telah melalui pelbagai pengalaman hidup, Awal menasihati golongan muda untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada."Soal pelajaran juga sama. Dulu ada peluang untuk belajar lebih awal atau sambung ke peringkat lebih tinggi, tetapi saya selalu fikir nanti dulu, tunggu ada duit, rileks dahulu. Asyik bertangguh."Namun bila sudah sampai ke tahap ini, untuk mula belajar semula, rasanya sudah janggal."Jadi nasihat saya kepada anak-anak muda, kalau anda ada masa dan peluang, jangan buang masa. Masa tidak pernah menunggu kita. Bila ada waktu yang sesuai dan tawaran datang, cubalah buat," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!