suria

Tiada tempat dituju setiap Syawal, Zara Zya pilih beraya di Makkah bersama ibu

Zara pergi ke Makkah bersama ibunya.

PELAKON Zara Zya membuat keputusan menyambut Aidilfitri bersama ibunya di Tanah Suci Makkah.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata dia akan berada di sana selama dua minggu ditemani ibu serta seorang rakan memandangkan selama ini mereka tidak mempunyai destinasi tetap setiap kali Syawal.

“Ini kali pertama saya beraya di sana. Setiap kali hari raya, saya dan mama biasanya akan pergi ke mana-mana sahaja yang saya mahu.

Zara pertama kali beraya di Makkah.

"Saya pernah bawa mama ke pusat beli-belah dan pusing sekitar Kuala Lumpur pada hari raya pertama kerana tiada tempat nak pergi.

"Kali ini saya tiba-tiba teringat untuk ke sana bersama mama. Dia laju saja nak ikut ke mana saya pergi. Dia lebih gembira nak ke Makkah," katanya kepada mStar.

Berkongsi lebih lanjut, Zara berkata dia sebenarnya mahu menjalankan ibadah umrah lebih awal namun bimbang sekiranya tidak kuat dengan dugaan di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu sahur zaman kecil, Zara Zya sedih keluarga dah berpecah - "Kami enam beranak sekarang saya dengan mama"

ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu atas urusan kerja, Zara Zya jawab hasrat bekas tunang Zarina Anjoulie mahu jadikan isteri

"Sebenarnya saya rancang nak pergi bulan puasa tapi saya sibuk shooting dan tiket agak mahal.

"Saya pun tak tahu boleh tak nak bertahan berpuasa di sana. Jadi saya buat keputusan pergi bulan yang tenang sikit iaitu bulan Syawal. Dengar cerita orang dah tak ramai sangat dekat sana," luahnya.

Saya selalu rasa doa saya tak cukup.

ZARA ZYA

PELAKON

Menurut Zara, perasaan rindu untuk melihat keindahan serta menjalani ibadah di Tanah Suci sentiasa membuatkan dia mahu kembali ke sana berulang kali.

“Memang nak jalani ibadah, saya selalu rasa doa yang dibuat masih tidak cukup. Sentiasa rasa rindu dan nak pergi lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zara mengakui tetap berasa bimbang dengan keadaan di Timur Tengah yang ketika ini sedang dilanda konflik.

Zara mahu lebih banyak berdoa.

Pun begitu, Zara berkata dia tetap percaya dengan pengurusan agensi yang mengendalikan perjalanan tersebut, selain memaklumkan rakannya iaitu pelakon Yusuf Bahrin juga sudah berada di sana.

“Awal-awal dapat berita itu memang risau, tapi saya rasa selagi pihak agensi tidak cakap apa-apa, kita ikut sahaja. Mereka lebih tahu keadaan di sana.

“Saya juga ada penggambaran dengan Yusuf Bahrin dan dia sudah berada di sana lebih awal. Kalau tak silap, dia sudah berada di sana sejak 5 Mac lalu. 

“Doakan perjalanan kami. Kami pun tak nak ada perkara yang tidak diingini berlaku,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain