PELAKON Nadia Brian mengakui soalan berkaitan jodoh sudah menjadi pertanyaan wajib yang sering diajukan kepada wanita bujang atau individu yang pernah bercerai.Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata dia tidak menganggap soalan tersebut sebagai sesuatu yang sensitif, sebaliknya melihatnya sebagai tanda rasa ingin tahu dan keprihatinan orang sekeliling. “Sebenarnya soalan bila nak kahwin itu memang setiap tahun akan ditanya. Ia seperti soalan ‘famous’ untuk wanita yang belum berkahwin atau yang mungkin berkahwin lagi.Nadia sudah biasa dengan soalan mengenai jodoh. “Tapi bagi saya, bila orang tanya mungkin mereka ambil berat dan ingin tahu. Kita sebagai perempuan pula tak adalah nak bercakap lebih-lebih,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, pelakon drama Hening Cinta tersebut hanya memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai berkaitan soal siapa pasangan hidupnya selepas ini. “Bagi saya, mungkin orang bertanya sebab mereka ingin tahu. Saya pun tak ada nak cakap lebih-lebih, cuma mohon doa yang baik-baik.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nadia Brian enggan ulas dakwaan putus cinta dengan Nedim Nazri… “Malulah nak cerita hal peribadi” ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Nadia Brian bukan kerana harta, Nedim Nazri lelaki penyayang dan penyabar“Ada jodoh, adalah… Insya-Allah mana yang terbaik untuk saya. Saya masih ada ibu, adik-beradik, kawan-kawan dan peminat yang sentiasa doakan saya,” katanya.Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan usahawan Muizz Nasruddin pada November 2019 dan sah bercerai pada April 2021.Terdahulu Nadia dikatakan sedang dilamun cinta dengan bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri. Namun difahamkan hubungan mereka sudah retak selepas kedua-duanya tidak lagi mengikuti akaun Instagram (IG) masing-masing.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube