SELEPAS didakwa tidak lagi menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan Nedim Nazri, pelakon Nadia Brian tampil menjelaskan status sebenar hubungan mereka.Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata mereka sebenarnya masih bersama, namun ketika ini dia sedang melalui fasa merajuk. “Biasalah, kita perempuan, kadang-kadang begitu. Kami pun baru saja dalam fasa perkenalan.Nadia berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Tiada apa yang perlu diperkatakan sebab hubungan kami masih baru, masing-masing pun sibuk dengan kehidupan masing-masing. “Semua okay sahaja. Bagi saya kita fokus apa yang penting seperti kerja dan keluarga. Sudah tentu kita nak yang baik-baik jadi doa yang baik-baik,” katanya kepada mStar. Nadia berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar di Serai Hall, KLGCC baru-baru ini. ARTIKEL EBRKAITAN: “Ada orang kata saya sudah tiada duit, nasib baik girlfriend masih nak” - Nedim NazriARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian buat Nedim Nazri rasa lengkap semula, ‘baby sayang’ jadi panggilan mesraDalam pada itu, Nadia berkata dia juga berasa malu untuk berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Nedim kerana menganggap perkara tersebut terlalu peribadi.“Kalau perihal peribadi, kita malulah sebenarnya nak bercerita dan kongsi untuk mendapatkan cerita, saya bukan macam itu. “Bab hubungan ini adalah perkara peribadi. Tapi saya faham peminat risau dan sayangkan kita, jadi saya berterima kasih.Nadia dan Nedim mula bercinta pada hujung 2025. "Apa yang saya boleh kongsi, saya akan kongsi” katanya.Untuk rekod, hubungan Nadia dan Nedim mula hangat diperkatakan sejak hujung tahun lalu apabila kedua-duanya dilihat saling menunjukkan kemesraan di Instagram.Dalam perkembangan lain, Nadia kini membintangi drama Hening Cinta bersama Mimi Lana dan Kamal Adli untuk siaran Viu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube