KEKASIH kepada pelakon Nadia Brian secara berseloroh memberi respons terhadap tanggapan segelintir pihak yang menganggap dia tidak memiliki kewangan kukuh.Menerusi satu hantaran di laman Threads, Nedim Nazri memberitahu dia bagaimanapun beruntung kerana mendapat pasangan seperti Nadia. “Alamak! Ada orang kata saya sudah tiada duit.“Kesian saya, tapi nasib baik girlfriend masih nak dekat dengan saya,” tulisnya.Perkongsian Nedim dan Nadia di Threads. Nedim dalam masa sama turut membalas komen-komen pengikut di laman tersebut yang berjenaka mahu membantunya.Malah, dia juga secara berseloroh meberitabu Nadia apabila terpaksa menanggung perbelanjaan mereka berdua.“Maaf sayang, awak kena bayar makan,” tulisnya.Sementara itu, Nadia pula turut berkongsi semula hantaran tersebut dengan kata-kata semangat buat kekasihnya.ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian buat Nedim Nazri rasa lengkap semula, ‘baby sayang’ jadi panggilan mesra ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian sudah sebulan kenal hati budi Nedim, terharu terima DM daripada Nora Danish… “Welcome to family”“Tidak mengapa. Sharing is caring. Rezeki semua daripada Allah,” tulisnya.Terdahulu, Nedim memuat foto mesra bersama Nadia dengan kapsyen "A little piece of my heart lives here' (secebis hati saya tinggal di sini) di akaun IG miliknya sekali gus mencuri perhatian pengikut di media sosial.Selain bersama Nadia, Nedim turut memuat foto mereka bertiga bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl.Nadim dan Nadia terbuka berkongsi hantaran romantis di sosial media. Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun, rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan dan bercerai pada April 2020.Manakala Nedim pula berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan bercerai secara baik sekitar hujung April tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka juga dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube