suria

Nadia Brian sudah sebulan kenal hati budi Nedim, terharu terima DM daripada Nora Danish… “Welcome to family”

Hubungan rapat Nadia dan Nedim turut mendapat perhatian Nora (kanan).

PELAKON Nadia Brian mendedahkan menerima mesej peribadi (DM) daripada aktres Nora Danish sekali gus membuatkan dia berasa tersentuh dengan penerimaan yang diberikan.

Ini susulan foto romantis yang dimuat naik bekas suami Nora iaitu Nedim Nazri Aziz bersama Nadia di akaun Instagram miliknya.

Kata Nadia, dia belum pernah bertemu Nora secara peribadi, namun ada bertemu anak lelaki hasil perkahwinan pasangan itu iaitu Mohamed Neqayl.

Nadia kini masih dalam fasa kenal hati budi bersama Nedim. 

“Saya tengok Nora dan Nedim sangat profesional dan baik. Saya sangat menghormati Nora dan bila dia hantar mesej peribadi ‘welcome to family’ serta like posting gambar saya dan Nedim, saya sangat tersentuh.

“Penerimaan itu Alhamdulillah.  Saya tahu Nora pun kenal saya sebab kami dalam industri yang sama.

“Saya belum pernah jumpa lagi dengan Nora, tapi saya ada jumpa Nene (Neqayl),” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tanya khabar langsung, Nadia Brian unfollow rakan yang dianggap ‘musuh dalam selimut' 

ARTIKEL BERKAITAN: Lantang kongsi pandangan... Nadia Brian terlupa status sebagai selebriti, lebih berhati-hati guna media sosial

Mengulas hubungannya dengan Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned, Nadia mengakui mereka baru sebulan serius dan masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

“Sejujurnya, kami mula berkenalan sejak sebulan lalu, memang baru sangat-sangat dan masih dalam proses mengenali hati budi lagi.

“Kalau boleh, doakanlah yang baik-baik dan terima kasih untuk doa dan kata-kata yang baik. 

Kalau soal jodoh pula, saya serahkan pada Allah

NADIA BRIAN

PELAKON 

“Sekarang kami berdua sama-sama berstatus solo dan rasa-rasanya tiada masalah untuk berkawan dan meneruskan hubungan ini.

“Kalau soal jodoh pula, saya serahkan pada Allah SWT,”’katanya. 

Semalam, Nedim dan Nadia mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing.

Selain bersama Nadia, Nedim turut memuat foto mereka bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl.

Nadia hargai setiap doa buat dirinya. 

Kapsyen Nedim dalam hantaran Instagram juga meraih perhatian ramai sekali gus memberi gambaran mengenai hubungan yang terjalin antara mereka ketika ini.

“Sebahagian kecil daripada hati saya tinggal di sini,” katanya.

Terdahulu, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Neyqal. 

Bagaimanapun, mereka kemudiannya disahkan bercerai pada Julai 2024.

Nadia pula pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai secara sah pada April 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain