suria

Zara Zya hidap kanser tahap satu… Hidung kerap berdarah, cepat penat

Zara sudah lama mengalami simptom kanser.

PELAKON Zara Zya  berkongsi tentang kesihatannya yang disahkan menghidap renal cell carcinoma atau sel kanser buah pinggang tahap satu.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, memberitahu badannya seolah-olah sudah lama mengalami gejala penyakit itu. 

"Semuanya terjawab apabila saya disahkan menghidap renal cell carsinoma tahap satu. 

Perkongsian Zara di Threads. 

"Jangan abaikan isyarat tubuh kita," katanya dalam satu hantaran di Threads. 

Renal cell carcinoma merupakan sejenis kanser buah pinggang dihidapi pesakit. 

Zara juga memberitahu beberapa tanda yang kerap dialami sebelum ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: "Muak!" – Zara Zya minta henti ‘dikenenkan’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya kongsi kisah penyatuan dua hati, suara bergetar masuk studio rakaman

"Bertahun badan beri isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah, denyutan yang berulang," ujarnya. 

Menerusi beberapa komen balas, Zara juga memaklumkan dia sudah menjalani pembedahan sebagai salah satu rawatan tahun lalu. 

Dia turut mengucapkan terima kasih apabila ramai dalam kalangan pengikut yang mendoakan agar dia segera sembuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain