suria

Tak tanya khabar langsung, Nadia Brian unfollow rakan yang dianggap ‘musuh dalam selimut'

Nadia berkecil hati dengan sikap segelintir rakannya yang tidak ambil peduli.

PELAKON Nadia Brian mengakui pernah berkecil hati dengan sikap segelintir rakan yang dilihat seperti tidak mengambil peduli sewaktu dia dijangkiti Influenza A pada Oktober lalu.

Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata perasaan itu timbul kerana dia sememangnya seorang yang sangat menghargai persahabatan dan sering memberikan sepenuh perhatian kepada rakan-rakan.

Namun begitu, Nadia berkata dia kini lebih matang dalam menguruskan emosi dan berusaha melihat situasi itu daripada sudut positif.

Perkongsian Nadia di Threads menarik perhatian ramai.

"Kita terlalu memberi 100 peratus kepada kawan-kawan tetapi mereka tidak beri perhatian sepenuhnya kepada kita. 

"Jadi saya belajar sesiapa sekali pun janganlah terlalu rapat sangat sebab kalau kita sakit, kawan tak peduli kita akan kecil hati

"Saya belajar daripada apa yang terjadi, jangan mudah terasa. Mungkin mereka (kawan) sibuk. Saya kena sentiasa positif," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian hilang sabar! Marah DMA Islam kutuk ‘course’ mass comm, teater dan muzik... Desak permohonan maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Penat selalu jadi pilihan kedua... Nadia Brian berharap jumpa lelaki ikhlas terima seadanya

Dalam pada itu, Nadia memberitahu keadaan kesihatannya yang ketika itu agak teruk menyebabkan emosinya menjadi lebih sensitif.

Pelakon drama Sekam Di Dada itu turut menasihatkan orang ramai agar menunjukkan sedikit perhatian jika mengetahui rakan sedang sakit, walaupun hanya melalui pesanan ringkas.

"Waktu itu mungkin saya dijangkiti Influenza A yang terlalu sakit, emosi pun jadi 'touching' sikit. Tapi perkara ini semuanya lumrah kehidupan. 

"Saya belajar juga daripada kesilapan. Tak perlu ikutkan emosi sangat. Tapi saya sarankan kepada semua orang, kalau ada nampak kawan sakit ke apa, apa salahnya hantar mesej kepada mereka. 

"Taip GWS (get well soon) pun dah cukup sebab kadang-kadang ucapan itu memberi satu semangat. Tak perlu beri hadiah bunga, hanya sekadar ucapan pun dah okay," ujarnya. 

Nadia mengambil pengajaran atas nilai persahabatan yang diterima.

Pada Oktober lalu, Nadia disahkan dijangkiti Influenza A.

Aktres berkenaan kemudian meluahkan rasa kesal terhadap segelintir rakan yang langsung tidak bertanya khabar tentang keadaan dirinya selepas dijangkiti virus itu. 

Kata Nadia, dia bertindak untuk tidak lagi mengikuti rakan tersebut kerana menganggap mereka adalah musuh dalam selimut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia