suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nur Iman Darwisy terima anugerah ‘Rising Star Award’

Nur Iman Darwisy menerima Rising Star Award di BBEA 2025.

PENYANYI cilik, Nur Iman Darwisy diumumkan sebagai penerima Rising Star Award pada Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anugerah itu diberikan kepada golongan muda Bumiputera yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa, kepimpinan serta potensi besar dalam bidang masing-masing. 

"Alhamdulillah dalam duka ada suka. Terima ksih BBEA 2025 atas pemberian anugerah ini," tulisnya di Instagram. 

Nur Iman miliki bakat luar biasa seawal usia 12 tahun. 

Tahun ini, Jawatankuasa Penganjur memilih Nur Iman berdasarkan bakat seni yang dimiliki seawal usia 12 tahun, termasuk disiplin yang tinggi dan karisma yang sukar dinafikan. 

Majlis penganugerahan BBEA 2025 akan mempertemukan para penerima anugerah daripada pelbagai bidang yang telah memberikan sumbangan bermakna dalam kerjaya masing-masing.

Pihak BBEA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Iman Darwisy atas pengiktirafan itu. 

Artikel Lain