ENGGAN namanya terus terjejas, penyanyi Sufi Rashid menggunakan khidmat peguam selepas seorang individu yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur fitnah melibatkan dirinya dan isteri, Nurulain Md Yusof.
Kata Sufi Muhammad Sufi Ahmad Rashid, 34,, meskipun perkongsian individu terbabit tidak mendedahkan nama, namun masyarakat membuat tekaan hantaran dibuat itu ditujukan kepada dia dan isteri.
"Peguam saya sudah pun menghubungi individu terbabit. Harap dia dapat bekerjasama dan selesaikan perkara ini secara baik sebab dia sendiri tahu apa yang dikatakan itu tidak betul.

Perkongsian Sufi di Threads miliknya.
"Hantaran saya pada September lalu hanyalah maklum balas umum tanpa sebut nama atau apa-apa butiran. Kalau dia tak puas hati, dia boleh saja hubungi saya waktu itu.
"Tapi hantaran terbaharunya jelas menggambarkan saya dan isteri sampai orang boleh teka dan serang kami. Walaunpun tanpa nama, memberikan petunjuk yang cukup hingga membawa kepada kebencian masih boleh dikira sebagai fitnah," katanya.
Sufi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Murah rezeki Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
ARTIKEL BERKAITAN: Sufi Rashid tiada niat ‘overshadow’ Hafiz Suip, duet Ku Akui sekadar penuhi permintaan
Dalam pada itu, Sufi menjelaskan bahawa dia pernah melalui pengalaman yang kurang baik, namun memilih untuk tidak mendedahkan butirannya demi menjaga sensitiviti pihak lain.
"Saya memang ada pengalaman kurang baik tetapi saya pilih untuk tidak berkongsi butiran sebab saya tidak mahu menganggu dia. Malangnya hantaran dia menyebabkan kebencian yang tak sepatutnya terhadap isteri saya.
"Sebenarnya kami tidak mempunyai masalah untuk jelaskan tetapi kami pilih untuk tidak berbuat demikian. Cerita dia langsung tidak benar dan tidak menggambarkan siapa kami atau bagaimana kami melayan orang lain," ujarnya.
Mengulas mengenai dakwaan yang tular di media sosial, Sufi menjelaskan bahawa dia hanya memerlukan individu yang dapat membantunya dan isteri menjaga anak ketika mereka mempunyai urusan pekerjaan di luar negara.
"Percutian itu memang untuk urusan kerja. Isteri saya bawa anak kami untuk lihat sama ada dia boleh handle penerbangan sebab kami merancang perjalan lebih jauh tahun depan.

Sufi (kanan) kesal apabila isteri menjadi mangsa kecaman netizen.
"Itu pertama kali dia (anak) keluar Malaysia dan kerana saya berada dalam mesyuarat sepanjang masa, kami perlukan pengasuh untuk membantu isteri saya, itu sahaja," ujarnya.
Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik hantaran berkongsi pengalaman buruk menjadi pengasuh anak kepada individu bergelar pempengaruh.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen meneka dakwaan itu ditujukan kepada Sufi dan isteri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


