LAMA mendiamkan diri, pelawak dan bekas penyampai radio Jep Sepahtu akhirnya tampil menjelaskan kekeliruan mengenai hubungannya dengan dua sahabat baik iaitu Shuib dan Mamat. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan kedua-dua individu itu, sebaliknya jarang berhubung kerana tiada urusan kerja bersama. Menurut Jep, keadaan itu tidak bermaksud hubungan mereka renggang atau bermasam muka.Jep akhirnya keluarkan kenyataan bagi pihaknya."Saya tak ada masalah apapun. Cuma untuk saya, kami tak bergaduh dan tidak bermasam muka. Bila tak ada urusan kerja, jadi jarang berhubung. Itu tidak bermakna hubungan kami tak baik."Saya pun tak pernah cakap benda-benda yang menyakitkan hati," katanya ketika sesi siaran langsung di TikTok [Tonton sini].Dalam masa sama, Jep berkata dia tidak keberatan untuk bertemu dengan kedua-dua sahabatnya itu kerana menganggap tiada pergaduhan berlaku antara mereka."Saya tak bergaduh dengan sesiapa, termasuk Shuib ataupun Mamat. Kalau saya jumpa mereka, boleh saja bertegur, duduk dan minum sekali. Tak ada masalah.ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan diberhentikan” - Jep Sepahtu tinggalkan Sinar FMARTIKEL BERKAITAN: Jep dedah Shuib enggan sertai SRL akibat tak puas hati digantung Astro kerana aksi kurang sopan"Buat apa nak bergaduh? Tak pernah terlintas dan tiada faedah pun. Saya lebih suka kepada kedamaian dan ketenangan," ujarnya.Mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini, Jep menjelaskan ia bukan bertujuan mencetuskan perbalahan, sebaliknya hanya untuk membetulkan perkara yang dirasakan tidak tepat.Katanya, sebagai individu yang terlibat dia juga mempunyai hak untuk berkongsi pandangan peribadinya."Apa yang saya katakan sebelum ini cuma pembetulan terhadap perkara yang saya rasa tidak betul.Jep dan Shuib sudah lama tidak dilihat berkerjsama."Saya tak buat kenyataan untuk mengeruhkan keadaan atau memalukan sesiapa. Tapi kalau saya dengar cerita yang tidak betul, saya akan beritahu."Jika saya ada buat salah, saya minta maaf. Tak malu dan tak hina pun kalau kita yang dahulu meminta maaf," katanya.Pada tahun 2024 lalu, kecoh di media sosial perdebatan netizen mengenai ahli kumpulan Sepah iaitu Jep, Shuib dan Mamat didakwa sudah tidak sehaluan.Isu di antara mereka mula diperkatakan apabila Shuib dan Mamat berkongsi cerita bagaimana Sepah ditubuhkan menerusi temu bual dalam Dol's Podcast.Bagaimanapun Jep tampil dengan satu kenyataan memberitahu cerita dikongsi dalam sebuah podcast kebanyakan direka atau ditokok tambah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube